Wednesday, November 25, 2009

MESYUARAT PELAPORAN PBS KHB 09

Selamat bertemu kembaki, dapat aku menulis kat blog ini, sebenarnya aku baru balik mesyuarat pelaporan pbs 09 peringkat kebangsaan . semua subjek yang ada pbs dijemput hadir oleh LPM untuk membuat pelaporan tentang penyelaran pbs 2009, dan aku dijemput atas tiket subjek khb pk. banyak yang diperolihi di situ..apa yang penting masalah tetap wujud, tapi yang penting bagaimana kita mengatasinya. apa yang aku harapkan semua pentaksir, tidak kira peringkat mana pun, jalankan pentaksiran dengan penuh akauntabiliti, supaya apa yang diharapkan oleh LPM tentang pbs mencapaikan keberkesanannya. Mesyuarat ini diadakn pada 23-25/11/09 di PSPN Negeri Selangor.
Last sekali aku inginucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha.. dan yang mengadakan korban selamat menjalani ibadah korban...
p/s: koleksi soalan akan diupgrade dari semasa ke semasa, aku baru nak belajar skit-skit..

Sunday, November 22, 2009

Koleksi Soalan

Selamat Bercuti, aku ucapkan kepada semua...
tapi esok aku kena pergi PSPN Negeri Selangor
Ada Mesyuarat J.Kuasa Pengurusan Pengedalian PBS Peringkat Kebangsaan Siri 3.
Aku baru cuba-cuba belajar buat soalan interaktif
So blhlah komen. Link Soalan ada kt ruangan Koleksi Soalan sebelah tu..

Sunday, November 1, 2009

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK TEBILANG JPNS 2009

Pada 30 Oktober lepas, aku bersama-sama rakan telah menghadiri Majlis Anugerah Akedemik Terbilang JPNS 2009 yang diadakan di Klana Resort SEREMBAN.
Aku bersama rakan KHB iaitu KHB Teknikal dan KHB Perdagangan telah dianugerahkan Anugerah Khas kerana telah mendapat PNGK untuk subjek tersebut 1.0. Tahniah aku ucapkan pada rakan guru disekolah aku itu iaitu En Khairul Nizam, Pn Azizah ( isteri aku ), Pn Siti Nor. Selain itu Anugerah Khas ini juga diterima oleh guru BM di dekolah aku atas pencapaian PNGK 1.0 untuk Subjek BM. Tahniah kepada Cikgu HAmnah dan Cikgu Mazniati.