Tuesday, December 1, 2009

KAEDAH PENGAJARAN BERKESAN

6 Kaedah Pengajaran Berkesan

1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.

Wednesday, November 25, 2009

MESYUARAT PELAPORAN PBS KHB 09

Selamat bertemu kembaki, dapat aku menulis kat blog ini, sebenarnya aku baru balik mesyuarat pelaporan pbs 09 peringkat kebangsaan . semua subjek yang ada pbs dijemput hadir oleh LPM untuk membuat pelaporan tentang penyelaran pbs 2009, dan aku dijemput atas tiket subjek khb pk. banyak yang diperolihi di situ..apa yang penting masalah tetap wujud, tapi yang penting bagaimana kita mengatasinya. apa yang aku harapkan semua pentaksir, tidak kira peringkat mana pun, jalankan pentaksiran dengan penuh akauntabiliti, supaya apa yang diharapkan oleh LPM tentang pbs mencapaikan keberkesanannya. Mesyuarat ini diadakn pada 23-25/11/09 di PSPN Negeri Selangor.
Last sekali aku inginucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha.. dan yang mengadakan korban selamat menjalani ibadah korban...
p/s: koleksi soalan akan diupgrade dari semasa ke semasa, aku baru nak belajar skit-skit..

Sunday, November 22, 2009

Koleksi Soalan

Selamat Bercuti, aku ucapkan kepada semua...
tapi esok aku kena pergi PSPN Negeri Selangor
Ada Mesyuarat J.Kuasa Pengurusan Pengedalian PBS Peringkat Kebangsaan Siri 3.
Aku baru cuba-cuba belajar buat soalan interaktif
So blhlah komen. Link Soalan ada kt ruangan Koleksi Soalan sebelah tu..

Sunday, November 1, 2009

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK TEBILANG JPNS 2009

Pada 30 Oktober lepas, aku bersama-sama rakan telah menghadiri Majlis Anugerah Akedemik Terbilang JPNS 2009 yang diadakan di Klana Resort SEREMBAN.
Aku bersama rakan KHB iaitu KHB Teknikal dan KHB Perdagangan telah dianugerahkan Anugerah Khas kerana telah mendapat PNGK untuk subjek tersebut 1.0. Tahniah aku ucapkan pada rakan guru disekolah aku itu iaitu En Khairul Nizam, Pn Azizah ( isteri aku ), Pn Siti Nor. Selain itu Anugerah Khas ini juga diterima oleh guru BM di dekolah aku atas pencapaian PNGK 1.0 untuk Subjek BM. Tahniah kepada Cikgu HAmnah dan Cikgu Mazniati.

Saturday, October 24, 2009

Selamat bertemu kembali

Dua minggu lepas aku menghadiri mesyuarat MCQ ajuran pihak LPM.di Kuala Lumpur International Hotel
Banyak ilmu yang aku perolihi kat sana terumatanya dalam menghasilkan item yang berkualiti..aku pergi atas tiket guru KHB pilihan 79
Aku nak ucapkan terma kasih kepada fasi iatu En Zul dan Cik Wan Hanisah..
Kepada Cik Wan selamat menunaikan fardu Haji.. moga dapat Haji Mabrur Insyaallah.
Insyaallah dalam masa terdekat ini aku akan masukkan sedikit input dari mesyuarat tu untuk dikongsi bersama..

Friday, October 9, 2009

Salam Perkenalan

Nama aku cikgu zaki..
aku sebenarnya masih baru dalam dunia blog ni dan sedang belajar membina blog..
Tujuan aku dengan adanya blog ini akau dapat berkongsi ilmu dengan rakan guru khb serta dapat menjadi rujukan pelajar,

Ok lain kali aku akan update blog ii agar ianya dapat dikongsi bersama..